Friday, March 11, 2011

Ragam PISMP 5A..

Tutor menawan tutor idaman,
membuat pelajar selalu tertawan,
Cik Wan Mardziyah nama gerangan,
PISMP 5A menjadi ingatan.

Joewayder Upat nama diberi,
penyandang ketua kelas untuk sem ni,
Berasal dari Sabah putih sekali
Kalau dah 'excited' makin menjadi-jadi.

Abdul Raof ada kamera,
sana sini habis dikandidnya
Kamera "baru beli" katanya
sekali gambar, perghhh!!! meletop lagaknya...

Mohd Afifin nama diberi,
ada Dayang disisi,
orangnya besar,poket berisi,
bila bersuara gamat sekali.

Berkaca mata berkerut di muka,
bila berkata penuh bermakna,
Bila berpidato panjang hujahnya
itulah Faiz empunya nama.

Paling nakal namanya Hasmie,
Tulisnya pula tangan kiri,
Awal berkahwin dialah dahului,
semakin lama semakin berisi...

Jejaka idaman Abdul Muin,
Janggut sejemput jangan main-main,
Goreng gitar dialah terer,
kalau nak "challenge" cubalah...

Yang paling diam abang kita,
kalau tak "game", YM ada,
lamabt sungguh kalau nak bersuara
sekali bersuara, lawak pula..
( kalau tahu cubalah teka)

budak ini suka bertanya,
tanya pula ntah apa-apa,
lain dicakap lain yang difahamnya
ntah apa-apa yang difikirnya..
(agak2 siapa? hehe)

Yang paling kaya itulah Ferdy,
hari-hari duit Masyokkk!!,
tak bayar, nanti kena saman,
Jadi pulak muka WANTED!!... haha

Dari Kedah, Hana namanya,
Banyak ilmu tersirat di dada,
Bab sejarah dialah raja,
Mahir pula dalam sastera..

Terbang jauh menuju ke kota,
itulah Momoy empunya nama,
walau rendah tetap cantik & bergaya
mata comel dengan "lens"nya...


p/s: kwn2 yg lain nti baru ada pantun untuk korg..hahhaaha... jgn mara ea...

Friday, March 4, 2011

Kenapa lelaki pilih ckgu sbg calon isteri?? haha

saja nk share... aq npk sal ne kat facebook.. btl taw x, aq x taw laaa... baca je laa... sempoiiiii,,, hihihi....sape2 yg tulis ne, aq post kat blog dlu ea.. jan mara..hohoho...

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.



Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?



Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?



Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!



Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Thursday, March 3, 2011

Sayangi keluarga, sayangi kanak-kanak...


korg mesti da baca citer ne kan... memang sedey giler... huhuhu... seorang ibu yg sggp berkorban utk anaknya... tapi pengorbanan itu langsung tidak dihargai... sebabnya?? anak tersebut tidak tahu apa yang ibunya lakukan untuknya.. sbg anak, kt hrus menghargai family kita...mcm mn pun keadaan mrk, kta harus terima dan syg mereka sbb tanpa dorg, kita x akan dpt melihat dunia ini... didikan ibu bpa yg wat kt jd "manusia"... fikir2kn dan renung2 kn... jgn jd mcm anak ini yg x m'hargai ibunya sms ibunya mc hidup.. penyesalan tmbul tp apa ble wat, menangis air mata darah pn dia xkn dpt cium tgn n rasa hangatnya dakapan ibu itu lagi.... hargai apa yg ada.... jgn sia2 kn...



tapi bgimana pula dengan penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi skg ne? apa yg t'jadi dgn manusia skg ni?? kanak-kanak didera tanpa belas kasihan.... mmg kasihan kanak-kanak tersebut, x dpt merasa kasih syg keluarga.. mrk yg masih mentah dan x tahu apa2 didera bukan shj dari aspek fizikal malah dari aspek mental.. mereka harus dihormati dan disayangi bukan disia-sia kn begitu shja... itu anugerah yg telah Pencipta beri... kanak2 ni mcm kain putih... ibu bapa yg akan mencorakkannya utk jadikan mereka "putih bersih dan hidup dalam keadaan yg penuh warna-warni" atau "hitam legam dan hidup dengan penuh dendam atau kesengsaraan"... renungkan sedalam-dalamnya... lakukan yang terbaik untuk kanak-kanak ini... biarlah mereka merasa erti kehidupan dan kebahagian yang hakiki....

mmg x berhati perut... bayi ni dibuang sebaik shj dilahirkan...

 

 

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat antara ahli keluarga.. kawal emosi dan berfikir sebelum bertindak agar tidak melakukan sesuatu tindakan luar kawal yg TIDAK sepatutnya dilakukan terhadap kanak-kanak. didik kanak-kanak dengan baik spy mereka membesar dgn baik bak kata pepatah "bagaimana acuan, begitulah kuihnya" @ bagaimana cr didikan atau sikap kt t'hadap kanak-kanak, maka begitulah jg sikap mereka kpd kita.. so, berikan yg terbaik...
                                  SAYANGI KELUARGA, SAYANGI KANAK-KANAK....