Thursday, February 24, 2011

Kesalahan Bahasa














Aku bukanlah seorang pakar bahasa. Namun, tidak salah jika ingin menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain agar kesalahan itu tidak berulang lagi. Brosur ini mengandungi kesalahan bahasa.

Contohnya, "...Mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum..."
Bagi kata atau kata-kata yang bukan dikategorikan sebagai kata nama khas atau kata yang berada pada permulaan ayat, sepatutnya tidak boleh ditulis dengan  huruf besar. Kesilapan ini mungkin tidak disedari dan diklasifikasikan sebagai "typing error" atau kesilapan semasa menaip. Seharusnya, sebelum mencetak apa-apa bahan kita perlu menyemak dengan teliti agar tiada kesilapan yang dilakukan. Perkataan gembeling pula seharusnya dieja sebagai 'gembleng'. Perkataan gembeling ini tidak terdapat dalam mana-mana kamus.

Bahasa mutu bangsa. =)

2 comments:

  1. good.. anak didik Dr Supian. Aplikasikan apa ilmu yang diterima dalam kehidpan seharian....

    Like!!!

    ReplyDelete